Rabu, 19 Ogos 2009

Pengenalan kaum bisaya dan perbezaan serta persamaannya.

PENDAHULUAN KATA.

Kaum bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut borneo malaysia dan tertumpu di sekitar daerah beaufort, sungai padas di sabah dan sungai limbang di timur sarawak. Walaupun dari segi bilangan, masyarakat bisaya mempunyai bilangan yang agak kecil, kehadirannya adalah lebih ketara di daerah beaufort. Kaum bisaya adalah kaum yang paling ramai. Mengikut banci penduduk yang telah dibuat 10 tahun (1991) yang lalu, jumlah penduduk bisaya di seluruh negeri sabah ialah seramai 30,000 orang.

Kebiasaannya dalam upacara perkhawinan, pihak pengantin diwajibkan memberi hantaran perkahwinan. Bagi penganut islam kaum bisaya, upacara perkahwinan mereka telah dipengaruhi oleh ugama islam selain dari elemen pakaian tradisi mereka.

Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima islam pada awal kurun ke-13. Ketua bisaya yang pertama adalah awang alak betatar. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku visaya (visayan) di filipina tetapi secara dasarnya, suku bisaya hanya terdapat di borneo sahaja. Akan tetapi visaya yang terdapat di filipina langsung tidak mempunyai perkaitan rapat dengan bisaya di borneo. Jika diteliti sejarah visaya di filipina, ketua mereka bernama lapu-lapu dan merupakan pemerintah mactan. Dan melalui perbandingan bahasa mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa melayu dari bahasa suku visaya di filipina.

Oleh itu adalah tidak wajar kita membuat spekulasi bahawa bisaya borneo dengan visaya filipina adalah sama. Ia adalah jauh berbeza sama sekali,melainkan suku kaum bisaya sarawak adalah cabang dari keturunan yang sama dengan suku kaum bisaya di sabah. Kaitan susurgalur ini akan saya nyatakan pada artikel yang seterusnya. Insyaalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails